Assalamualaikum....
Oh duit. Itulah masalah yang dilalui oleh kebanyakan manusia sekarang ini. Cikin pun pening kepala fikir pasal menguruskan wang ni sebenarnya. Dengan keluarga, belajar lagi kan bukannya free sekarang ni. Nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen kan sekarang. Tapi suami Cikin yang banyak membantu untuk merancang pembelanjaan keluarga Cikin dan anak-anak.
- Menetapkan Matlamat Kewangan Anda.
- Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapaimatlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.
- Jejaki Ke Mana Perginya Wang Anda Melabur.
- Anda perlu memantau tabiat berbelanja anda. Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan, bukan untuk mengurangkan perbelanjaan.
- Menilai Tabiat Berbelanja Anda.
- Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan. Teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.
- Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda
- Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda. Anda bolehlah mencari maklumat tentang cara-cara untuk menulis perbelanjaan anda di internet.
No comments:
Post a Comment