Monday 14 January 2013

Bayi menangis + STress!!!!

Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak kongsi tentang apa yang perlu anda lakukan sekiranya bayi anda tidak berhenti menangis. Walaupun sudah diberi susu dan macam-macam lagi masih menangis. Bagi Cikin benda itu adalah lumrah sebagai ibubapa, anda akan lalui semua ini sebagai ujian paling mencabar dalam rumah tangga. Jangan panik sekiranya bayi anda tidak henti-henti menangis kerana ia tidak memudaratkan bayi anda.




http://www.babycenter.com.


Tetapi bagi Cikin, yang memudaratkan diri ialah ibu bapa sendiri. Kita sebagai ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan tenang sekiranya berada di situasi getir seperti ini. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira berada di sini dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan dia atau menenangkan dia, ini akan menyebabkan anda merasa tidak disayangi selain kecewa. Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang ketidakcekapan mereka sebagai ibibapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi ini bukan hakikatnya. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi, dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak terasa tertewas. Di sini  Cikin nak berikan beberapa cadangan kepada ibu bapa sekalian dan harap dapat membantu anda semua: 


  1. Tarik nafas panjang. 
  2. Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. 
  3. Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakslah diri anda sendiri untuk 10 minit. 
  4. Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap. 
  5. Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan kumpulan ibu dan bayi di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan berbincang dengan lain-lain ibu dan bapa cara menangani tangisan itu. 
  6. Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  7. Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu. 

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat sebab Cikin telah pun memalui fasa sukar ini. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Nasihat Cikin, dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk berkomunikasi keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti. InsyALLAH SEKIAN

No comments:

Post a Comment