Friday 18 January 2013

Khasiat buah rambutan


Assalamualaikum,

       Hari ini Cikin nak kongsi pasal buah rambutan. Kenapa buah rambutan? Sebab ayah mertua Cikin selalu bawa buah rambutan dari kebunnya. So, Cikin rasa nak tahu juga apa kebaikan buah tropika ni. Selain sedap dimakan, rambutan juga memiliki khasiat yang banyak bagi kesihatan. Kandungan kimia yang terdapat dalam buah rambutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit ringan.



buah rambutan


FAKTA!!



Buah rambutan mengandung senyawatannin dan bijinya pula mengandungi polifenol yang cukup tinggi. Komposisi zat kimia yang berada di dalam biji ini baik untuk menurunkan kadar gula darah. Kulit buahnya juga mengandungi khasiat saponin.


MENGANDUNGI:
karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium, dan vitamin C.


Banyak sungguh kebaikan dan nutrisi yang berada di dalam sebiji buah rambutan ini. Agak-agak apalah yang boleh dilakukan oleh buah ni untuk kesihatan manusia. Di sini Cikin tampilkan penyakit yang boleh diubati oleh buah ni insyALLAH:


  • Kencing manis
    • Ambil lima buah rambutan yang telah masak dan buang bijinya sekali. Kemudian, biji tersebut dipotong dlam bentuk dadu dan digoreng sehingga kekuning-kuningan. Biji ini kemudiannya ditumbuk hingga halus, dan dicampur dengan air panas. Setelah air tersebut sejuk, bahagian air yang berwarna kekuningan diminum oleh pesakit dan ampas rambutan tersebut. Lakukanlah sebanyak tiga kali sehari sebelum makan.
  • Demam
    • Kulit buah rambutan juga boleh digunakan untuk demam. Ambil 15 gram kulit buah yang sudah kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk, tapislah air tersebut dan diminum. Lakukanlah dalam tiga kali sehari.
  • Mengurangkan Uban Di Rambut
    • Rambutan juga boleh digunakan untuk mengurangkan uban di rambut. Anda hanya perlu sediakan daunnya sahaja. Mula-mula,daun rambutan tersebut ditumbuk hingga halus. Kemudian,tambahkan sedikit air dan digaul hingga rata. Ambillah airnya dan tapis. basahkanlah air daun rambutan tersebut di rambut. Lakukanlah sehingga warna rambut kembali normal
  • Ulser mulut
    • Ambil kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), bersihkan dan rebus dengan dua gelas air bersih. Dengan suhu yang serdehana gunakan untuk berkumur.

Banyak kan kelebihan buah rambutan ini? Kita patut bersyukur kerana Tuhan menjadikan tumbuhan yang berkhasiat untuk digunakan oleh kita. Selamat mencuba dan semoga penyakit anda disembuhkan olehNya.
AMIN

No comments:

Post a Comment