Friday 18 January 2013

Ohh Puding Jagung


Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak kongsi sikit pasal pembuatan puding jagung. Sebenarnya bukan jagung sahaja kita boleh gunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan puding ni, malah bahan lain juga boleh digunakan. Ikut selera dan kekreatifan anda semua. Sebenarnya Cikin banyak ambil bahan-bahan dari internet tentang cara pembuatan puding ni. Alhamdulillah menjadi juga buat puding jagung ni. Cikin tak sempat nak ambil gambar nak di postkan ke FB dah habis dah dimakan oleh anak-anak dan suami tercinta. Alhamdulillah suami dan anak-anak bagi reaksi positif pasal puding yang Cikin buat.

Baiklah inilah bahan-bahan yang di syorkan oleh Cikin kepada anda semua:




  • 1 tin Jagung Manis.
  • 1 tin susu sejat isian (susu cair)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan agar-agar
  • 3 cawan air


Selepas dah sediakan bahan-bahan, anda bolehlah start buat. Cara-cara untuk buat puding jagung ni mudah sahaja. Hanya ikut sahaja cara-cara di bawah:
  1. Kisar ketulan jagung dahulu supaya lebih sebati. (RECOMENDED)
  2. Cairkan 1 cawan agar-agar bersama 3 cawan air. 1 cawan agar-agar anggaran separuh paket (saiz kecil).
  3. Bila agar-agar sudah cair, masukkan gula..
  4. Masukkan susu dan jagung manis
  5. Bila sudah mendidih, padam api.
  6. Masukkan dalam acuan, biar sekejap dan masukkan dalam peti ais.

Selamat mencuba kepada semua! Kalau gagal, cuba lah lagi okeh. Senang dan mudah. Sekian

No comments:

Post a Comment