Friday 18 January 2013

HP: AP n ORI??

Assalamualaikum,,

        Hari itu Cikin pernah terasa untuk angkat henset baru tapi ramai orang kata jangan beli AP henfon. AP? Apakah itu? Cikin tak tanyalah apa itu AP so dengan menggunakan jari sahaja, Cikin dapat lah tahu apa beza AP dengan ORIGINAL. Diharap selepas anda membaca artikel ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihan telefon bimbit. Jika ada kesilapan info / maklumat Cikin minta maaf dan diharap dapat memberi teguran sebab maklumat ni pun Cikin ambil di internet.





MAKSUD:

AP set (Authorized Product) 

  • Ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.
  • Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP.
  • Dari segi warranty paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 bulan untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN untuk LCD. Hanya 1 BULAN warranty sahaja diberikan untuk battery dan chargar. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA.
  • Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSAT dan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyai hubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology. Kebiasaannya syarikat baik pulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua.
  • Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288 zithron ialah RM 800+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya.
  • Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch.Sebagai contoh Nokia 6500s lebih senang untuk mendapat warna hitam dari silver. Kadang-kadang Nokia 2626 datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya.

Original set

  • Adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah.
  • Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warranty adalah selama 1 TAHUN termasuk trasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu.


 Bagi Cikin, sekiranya anda mempunyai budget sedikit lebih, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan henpon, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang henpon maka Original set adalah pilihan terbaik. Selamat berbelanja!!!

No comments:

Post a Comment