Tuesday 15 January 2013

Oh tumit tinggi


Assalamualaikum,
           Pernahkah anda wahai wanita-wanita diluar sana memakai kasut high heel? Cikin rasa majoriti wanita di Malaysia ni pernah mencubanya dan ada juga yang mengunakan kasut jenis ni tiap-tiap hari. Agak menyeksakan juga sebenarnya memakai kasut jenis macam ini. Kadang-kadang manusia sanggup ambil risiko untuk tampak lebih menarik di mata orang ramai.
            Menurut BBC News, trend kasut tumit tinggi yang semakin popular bakal menjadi penyebab utama penyakit arthritis iaitu inflamasi di sendi di kalangan wanita UK selepas obesiti. Hasil survey yang dijalankan menunjukkan 1/4 wanita daripada keseluruhan 2000 responden mengenakan kasut tumit tinggi sebagai pakaian wajib yang dipakai hampir setiap hari.
            Pakaian wajib tiap-tiap hari? takutnya bila Cikin dengar pasal fakta yang Cikin ambil dari http://selangor2u.com. Di sini juga Cikin nak kongsi kepada anda semua tentang kesan jika kita kerap menggunakan kasut tumit tinggi ini. Antara kesannya ialah:
  • Pemakaian kasut tumit tinggi dengan kerap akan mendatangkan masalah bukan hanya kepada kaki, tetapi kesannya juga dapat dilihat pada bahagian tubuh badan yang lain.
  • Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki.
  • Menurut S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP),

Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”
Tu baru sikit. Cikin nak bagi lagi ini apalah kesan buruk pemakaian kasut tumit tinggi ini kepada kita. Pertama sekali ialah:

  • Penyebab kepada kematu iaitu kulit yang bergesel antara kasut dengan kaki akan mengeras. Ia juga mengebakan pembentukan "hammertoe" jika terlalu kerap menggunakannya kerana bentuk kasut tumit tinggi yang kecil dan sangatlah sempit dibahagian hadapan kaki. Jadi ia memberi lebih tekanan kepada bahagian kaki di hadapan dan anatomi yang berada di hadapan kaki ialah jari kaki. Kesannya anda akan lihat kecacatan di jari anda dimana jari anda tidak dapat diluruskan seperti asal walaupun anda sudah menanggalkan kasut.

kalus Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?
  • Berisiko untuk memendekkan tendon achilles ( penhubung antara otot betis dengan tulang tumit). Fungsi tendon ini ialah untuk memastikan jari kaki fleksibel bila berjalan. Tetapi pemakaian kasut tersebut menyebabkan tendon tersebut tidak dapat "menegang" dengan sebaiknya. Kesannya, tendon tersebut akan menjadi pendek dan apabila anda memakai selipar Jepun (rata), memang akan rasa tak selesa.


achilles tendon tumit tinggi Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?
  • Kasut tumit tinggi menyebabkan pengagihan berat badan tidak normal seperti memakai kasut rata. Semakin tinggi kasut yang anda gunakan, semakin tinggilah daya yang di kenakan kepada jari kaki anda. Sepatutnya tekanan yang normal banyak diberikan kepada tumit kaki kita tetapi penggunaannya menyebabkan tekanan beralih ke jari kaki. Kesannya anda akan merasa tegang dan sakit pada bahagian jari kaki anda.



high heels Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?
  • Tulang belakang anda akan mendapat kesan sekiranya pengunaan kasut tumit tinggi dengan kerap. Ia menyebabkan badan anda lebih terkehadapan daripada posisi normal. Kesannya, anda akan mengalami sengal-sengal di tulang belakang anda. Jadi untuk mengimbanginya, anda perlu menggerakkan kepala dan leher ke hadapan. Kesannya, anda akan mengalami sakit leher yang berpanjangan.


incorrect posture tumit tinggi Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?
Bahaya juga kasut tumit tinggi ni tetapi sesetengah wanita tidak mengambil pedulki pun kesannya. Apa yang penting mereka nampak bergaya dan lebih menawan. Lumrah wanita lah katakan. Bukan tidak boleh pakai langsung tetapi berpada-pada lah. Anda boleh untuk memakainya tetapi nasihat Cikin:
  • Pakailah kasut tumit yang tidak terlalu tinggi
  • Pilihlah kasut tumit tinggi yang hujungnya tidak meruncing,dan pastikan jari kaki anda selesa.
  • Pilihlah kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga membuatkan kaki melecet!
  • Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit. SEKIAN


No comments:

Post a Comment