Thursday 17 January 2013

Pemimpin idaman


Assalamualaikum....


      

        Hari ini Cikin nak kongsi sikit pasal ciri-ciri pemimpin yang baik dan berkesan. Yelah kebetulan pilihanraya pun nak dekat kan so tak salah untuk Cikin nak kongsi. Manalah tahu berguna untuk pergi mengundi nanti. Okeh marilah kita tengok ciri-ciri pemimpin idaman Malaya: 


  • Berilmu.
    • Seorang pemimpin yang berilmu adalah lebih ke hadapan daripada mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan dia bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih berpengetahuan maka mereka tahu perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menanggani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk memajukan sesuatu organisasi.
  • Seorang yang bervisi.
    • Visi amat penting dalam diri seorang pemimpin. Anda perlu tahu ke mana arah anda yang ingin anda tuju. Anda dapat lihat diri anda 5 tahun hingga 10 tahun akan datang. Anda boleh meramalkan perkara yang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasabah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dan yang paling penting ialah anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda supaya lebih berkeyakinan untuk mencapai hala tuju yang hendak dicapai.
  • Mempunyai kesungguhan yang tinggi
    • Pemimpin harus mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkan matlamat anda mudah mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apa yang mereka ceburi. Mereka tidak lali dan bersungguh-sungguh melakukannya. Mereka melakukannya dengan sepenuh hati sehingga berjaya diselesaikan. Kesungguhan melakukannya sehingga berjaya membuatkan mereka berasa puas.
  • Berkarisma
    • Personalitinya sangat dikaagumi. Melihat kepada wajah, gaya dia berhujah, luahan kata-kata membuatkan pelajar lain terpesona. Pemimpin ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah mempengaruhi orang lain. Dia mempunyai faktor-x yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Faktor-x inilah yang membuatkan orang bawahan lain memberi sokongan terhadapnya.
  • Dapat berkomunikasi secara berkean.
    • Pemimpin ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. Setiap kata-katanya masuk akal dan sukar untuk menidakkannya. Dia dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah. Kata-katanya juga yang penuh semangat, berhikmah dan logik membuatkan pelajar lain yakin dan mudah menjadi ikutan.
  • Ada intiqamah
    • Pemimpin ini mempunyai impian, cita-cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan ujian dan tidak pernah putus asa. Matlamatnya ialah untuk mencapai hasrat yang diingini. Mereka tidak pernah mudah kalah. Mereka tetap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun.
  • Ada keberanian
    • Pemimpin yang tulen ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan-kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Keberanian itu membuatkan dia dijulang dan pelajar lain akan mengakui kehebatannya dan memberi sokongan kepadanya.
ALHAMDULILLAH, dapat juga listkan ciri-ciri pemimpin yang baik dan berkarisma. Harap-harap dapatlah pemimpin yang macam ini di masa akan datang. AMIN

No comments:

Post a Comment