Sunday, 20 January 2013

Sedapnya Megi

Assalamualaikum,
Hari ini Cikin nak share sikit pasal megi. Semua mesti suka kan dengan makanan segera ini. Cikin akui yang Cikin memang minat juga sebab rasanya yang agak sedap dan mudah untuk disediakan. Tetapi, tahukah anda semua kandungan yang berada di dalam sebungkus MEGI? sini Cikin nk share dekat anda semua.
Maklumat pemakanan untuk saiz hidangan : 100 g (3.5 oz)
  1. Tenaga 1,895 kJ (453 kcal)
  2. karbohidrat 65 g
  3. Serat 2.4 g
  4. lemak 17 g saturated 7.6 g monounsaturated 6.5 g
  5. Protein 9 g
  6. Thiamine (Vit. B1) 0.7 mg (54%)
  7. Riboflavin (Vit. B2) 0.4 mg (27%)
  8. Niacin (Vit. B3) 5.4 mg (36%)
  9. Folate (Vit. B9) 147 μg (37%)
  10. Iron 4.3 mg (34%)
  11. Potassium 120 mg (3%)
  12. Sodium 1160 mg (50%)
*Saiz hidangan:80 g
Bahan yang ada di dalam sepeket megi:
  • Garam (Sodium)
    •  Jika diambil secara berlebihan dan berterusan akan mengundang penyakit tekanan darah tinggi,masalah pada jantung dan kerosakan pada ginjal.
  • Monosodium Glutamate (MSG)
    • Jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan “Simptom MSG kompleks” dan memburukkan lagi simptom asma. Simptom MSG kompleks adalah seperti pening, berpeluh, muka menjadi merah(flushing), sakit dada, lemah badan, tekanan pada muka dan kebas pada muka ,leher dan tempat-tempat lain.
  • Wax (lilin)
    • Fungsi lilin ini adalah untuk mengelakkan mee tersebut dari melekat.
  • Dioxin
    • kumpulan bahan pencemar terhasil daripada racun rumput,ubat pembasmi kuman dan ejen-ejen lain
CONCLUSION IS:
  • Karbohidrat yg tinggi!!!
  • rendah di dalam serat,vitamin dan mineral!!!!
  • jumlah lemak tepu dan trans. lemak yg tinggi!!!!

PERHATIAN!!!!

Cara yang betul untuk memasak megi dengan betul:
  1. Rebus mee di dalam air
  2. Setelah masak, buang air tadi kerana telah bercampur dgn lilin(wax)
  3. Rebus sekali lagi dgn air yg lain sehingga mendidih.Ketika ia benar panas,anda bole mencampurkannya dgn ramuan yg anda inginkan.
InsyALLAH dengan maklumat di atas kita dapat menjaga diri kita dan keluarga terutamanya. Lepas ini kenalah kurangkan pengambilan megi segera ni. SEKIAN


No comments:

Post a Comment