Thursday, 17 January 2013

Jeli Kelapa Nyum Nyum

Assalamualaikun,

Minggu ni rasa Cikin nak buat resepi benda baru lah. Tadi belek-belek internet so terjumpalah resepi "JELI KELAPA" ni. Memang sedap jeli ni sebab Cikin selalu je beli di pasar malam berdekatan dengan rumah Cikin. Bila baca resepi dia pun sebenarnya agak mudah jugalah penyediaan bahan dan cara pembuatannya. Resipi ni Cikin ambil dari http://www.kongsiresepi.com, so kalau rasa nak banyak lagi resipi yang anda mahu, klik je laman web di atas.




Tengok gambar pun dah sedap inikan bila ada dekat depan mata kan. Okeh lah tak mahu nak berceloteh banyak sangat. Kat bawah ni adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat JELI KELAPA:



  • 1 paket serbuk agar-agar (10gram)
  • 2.6 liter air kelapa.
  • Isi kelapa muda.
  • 11 sudu besar gula (mengikut citarasa masing-masing).
  • 3 helai daun pandan.
Okeh kalau bahan-bahan dah siap so bolehlah anda proceed buat jeli kelapa ni. Apa yang boleh Cikin cakap, SEMOGA BERJAYA..=)

  1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah bahan-bahan tersebut sehingga mendidih dan masukkan isi kepala muda.
  3. Selepas masak, padamkan api.
  4. Biarkan sehingga sejuk sedikit dan masukkan ke dalam bekas.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk dan selepas jeli tersebut sejuk, boleh la dihidangkan. 
p/s: Sekirannya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah masukkan sedikat air biasa sehingga cukup sukatan 2.6 liter - KAK NOR

InsyALLAH Cikin akan try resepi ini nanti, tangan dah gatal nak masak jeli kelapa ni. Mesti suami dan anak-anak suka. Semoga berjaya sekali lagi kepada anda dan Cikin sendiri. AMIN


No comments:

Post a Comment