Assalamualaikum,
Hari ini Cikin nak kongsi benda yang memang Cikin sendiri tak tahu. Yela bab-bab kereta semua Cikin serahkan kepada suami. Tetapi suami Cikin cakap dengan tengok asap kereta saja kita dapat tahu kereta kita ni dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. Kalau setakat asap dapur Cikin tahu lah ini pula asap kereta kan. Jadi Cikin cari lah entry pasal asap kereta ini dan akhirnya jumpa juga.
Baiklah maklumat ini Cikin ambil dekat http://zaishamshah.blogspot.com sebagai rujukan. Yela kita tak expert so perlukan rujukan. Nanti kalau Cikin kata Cikin tahu pasal asap kereta ini mesti anda semua pelik. Harap dengan input yang Cikin cari ini dapatlah membantu anda mengenalpasti keadaan kenderaan anda.
INFO!!
- Pengeluaran asap pada ekzos kereta BARU tidak perlu anda bimbangkan.
- Tetapi, jika kereta telah berusia beberapa tahun, sekali-sekala perhatikan WARNA ASAP kereta anda.
- Ini kerana warna asap memberi petunjuk jika ada masalah dengan enjin kereta anda.
- Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam Silinder Enjin. Beri perhatian pada petunjuk-petunjuk berikut :
- Asap berwarna biru dan colourless.
- Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.
- Asap berwarna kuning atau coklat
- Bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).
- Asap berwarna hitam.
- Bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk.
- Asap berwarna putih atau kebiru-biruan.
- Bermakna minyak pelincir ikut terbakar (di dalam Selinder Enjin).
P/S: Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air, keadaaan seperti ini bagaimanapun biasanya terjadi pada setiap enjin. SEKIAN
No comments:
Post a Comment