Sunday, 20 January 2013

Tips menjaga cermin mata

Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak kongsikan tentang cara-cara untuk menjaga cermin mata anda supaya lebih tahan lama. Maklumlah cermin mata ini ibarat keperluan kepada Cikin yang agak rabun sikit ni. So, kepada pemakai cermin mata sekalian boleh lah membaca entry ini sebagai rujukan anda semua supaya menghargai speak mata anda. HAHA

Pertama sekali:


  1. Jangan sesekali mengelap kanta lekap dengan tisu (tisu tandas, etc) kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta tersebut. Gunalah kain pengelap yang telah dibekalkan oleh kedai cermin mata anda.
  2. Elakkan dari terkena bahan-bahan kimia seperti body spray ataupun apa sahaja yang berasaskan bahan tersebut.
  3. Jangan dedahkan cermin mata anda di bawah cahaya panas kerana ia boleh merosakkan lapisan multicoated yang terdapat di dalam cermin mata anda. Jadi janganlah selalu tinggalkan di dalam kereta ok.
  4. Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, kerana ia boleh merosakkan "alignment" cermin mata anda dan lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan tangkai bingkai anda patah.
  5. Sekiranya ingin memasak, anda disarankan supaya menanggalkan cermin mata anda kerana bahang panas tersebut boleh merosakkan lapisan anti silau pada kanta tersebut. Sekiranya tak boleh juga, sediakanlah cermin mata untuk memasak ok. Kalau boleh diasingkan.
  6. Selaulah membilas cermin mata anda, selepas itu, laplah dengan kain pengelap sehinnga kering.
  7. Akhir sekali, simpan lah di tempat yang disediakan sekirannya anda tidak memakainya. Jangan bawa tidur pula sebab ia boleh merosakkan bingkai cermin anda.
Harap-harap tips yang diberikan berguna kepada anda dan Cikin juga. Jagalah cermin mata anda seperti menjaga diri anda sendiri ok. SEKIAN

No comments:

Post a Comment