Thursday, 17 January 2013

Cara Membuat CupCake Nyum Nyum


Assalamualaikum para pembaca sekalian,

    Hari ini saya ingin berkongsi "Cara Buat Cupcake Coklat" yang mudah lagi sedap. Resepi ini saya jumpa di internet dan belum lagi mencubanya. InsyALLAH satu hari nanti saya akan cuba untuk membuatkan memandangkan suami dan anak-anak sukakan coklat. Terasa mengidam untuk membuatnya kerana selalu membeli di pasaraya saje. Apa salahnya kalau kita mencuba benda yang baru kan.

Bahan-bahan Cupcake Coklat (18 - 20 papercups saiz sederhana)
  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ senduk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter
  • 2 senduk esen vanilla
  • 1 ½ cawan susu segar
  • 2 biji telur



Sekiranya bahan-bahan diatas sudah ada, boleh lah start buat Cupcake Coklat ni. Disni saya sertakan dengan cara membuatnya. Harap-harap kepada wanita-wanita terutamanya yang bergelar isteri macam saya bolehlah mencubanya. Selamat mencuba okeh. Pertama sekali kita perlu:



  1. Panaskan oven 180C. Campurkan kesemua bahan (tidak termasuk telur) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bagi campuran itu sebati. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi selama 2 minit. Kemudian baru letakkan 2 biji telur tadi dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.
  2. Kemudian, masukan adunan tadi dalam papercups (boleh gunakan sudu). Kalau nak cupcakes coklat ni yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Bakar selama lebih kurang dalam 20 minit atau hingga masak. Suhu oven terpulang pada oven masing2, so kena lah try sendiri.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau mahu. Topping yang saya akan buat agak-agak : ¼ cawan susu pekat + ¼ cawan serbuk koko + ¼ buku butter. 
  4. Masukkan semua dalam periuk, panaskan atas api dan terus kacau, sekejap je iaitu bila dah bercampur semua dan beku sikit anda boleh terus angkat dan sapukan atas cupcake coklat yang telah sejuk tadi.
  5. Lepas tu, hiaslah cupcake anda ikut kretiviti masing-masing supaya nampak menarik untuk dihidangkan. 
P/S: pastikan cupcake anda seperti gambar di bawah okeh.  .kalau tak jadi anda cuba lah lagi, tak salah mencuba banyak kali kan. GOOD LUCK=)
Cupcake Coklat


No comments:

Post a Comment