Friday, 18 January 2013

Bahana Stress!!!


Assalamualaikum,

     Stress? semua orang pernah menyalami penyakit mental ni kan. Cikin pun pernah mengalami stress yang agak keterlaluan. Sebenarnya maksud tersirat perkataan stress ini ialah:
  • tidak terbalas oleh minda dan fizikal terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling.
  • satu keadaan dimana gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang menganggu keyakinan dan potensi diri seseorang.
Stress ini kita boleh bahagikan kepada dua kelompok iaitu stress positif dan negatif. Stress positif sebenarnya baik sebagai motivasi diri untuk berjaya tetapi tak boleh berlebihan. Sekiranya berlaku, anda akan jatuh ke kelompok stress yang kedua iaitu stress yang negatif.

Wah bahaya juga stress ni sebenarnya, sekiranya kita terlihat orang yang tengah stress ini, jauh-jauhkan lah diri okeh. Antara tanda-tanda seseorang itu dalam kelompok stress ialah:
  1. Perubahan fizikal seperti sakit, terlalu gemuk/kurus, hilang ceria, lesu, letih, terlalu/tidak langsung berhias, agresif, suka mengelamun, sering lupa, dan mengasingkan diri.
  2. Perubahan sikap seperti mudah marah, mudah bosan, tak mampu urus diri/kerja, suka alihkan kemarahan, sentiasa berpandanagn negatif, dan hilang pertimbangan diri.
  3. Perubahan emosi: terlalu cemburu, penyedih dan sensitif, teralu gembira/riang, ego dan mementingkan diri, kemurungan, kerisauan.
Agak menakutkan sebenarnya bila seseorang itu berada di kelompok yang kedua. Stress yang negatif akan menyebabkan anda tidak seperti anda yang sebelum ini. Alhamdulillah walaupun dengan keluarga, kerjaya dan pelajaran Cikin masih lagi boleh mengawal stress dan harap-harap diberikan kekuatan olehNya. Sekian

No comments:

Post a Comment