Assalamualaikum,
Hari ini Cikin nak story sikit pasal jerawat. Jerawat adalah masalah anak muda tetapi
ia juga melibatkan orang dewasa seperti Cikin. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak
mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada
dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi
bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan
luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling
liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah
terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan
ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan
diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut
jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri seseorang.
Disini Cikin listkan punca-punca yang menyebabkan jerawat ni.
- Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Stress emosi juga penyumbang kepada faktor timbulnya jerawat. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Anda mungkin terdedah kepada asap dan bahan kimia yang kotor.
- Faktor alam sekitar seperti cuaca panas juga menyebabkan penghasilan minyak yang banyak di badan.
Kebanyakannya jerawat akan hilang sendiri
jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk
dan kronik sekiranya tiada usaha untuk menangani masalh tersebut.
Di sini, Cikin sertakan dengan petua dan cara menghilangkan jerawat sebagai "guideline" kepada anda yang mempunyai masalah jerawat ini.
- Gunalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hingga enam bulan.
- Basuh kulit (terutamanya muka) setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
- Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk.
- Anda mesti menghindari dari mengambil makanan yang alah kepada badan anda.
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
- Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah (ala korea style) dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
- Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".ena
- Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
- Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut..
Nampak tak? kepada yang mempunyai masalah jerawat harap dengan entry ni dapatkah membantu meringankan beban anda. Cikin harap masalah anda dapat ditangani dengan segera supaya dapat menambahkan keyakinan diri anda di khalayak ramai khususnya. SEKIAN
No comments:
Post a Comment