Assalamualaikum,
Kali ini Cikin nak kongsikan tentang "Ciri suami soleh mengikut cara
Rasulullah SAW" semperna Maulidur Rasul yang jatuh pada 24 Januari 2013 minggu hadapan. Kepada suami-suami dan bakal suami eloklah baca entry ini sebagai rujukan untuk kebahagiaan rumah tangga anda.
Baiklah, Ciri-ciri suami idaman wanita ialah:
- Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego kelakian anda dan meminta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra.
- Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga pakai minum dan anak-anak anda dirumah.
- Jika isteri anda melakukan kesalahan atau ada perangai yang anda tidak suka, tegur dengan baik dan bijaksana supaya tidak menyinggung perasaan isteri anda.
- Mengambil berat kesihatan isteri anda. Sekiranya isteri sakit atau mengandung, anda perlulah menjaganya seperti dia menjaga pakai minum anda. Sekiranya melarat, hantarlah ke klinik untuk rawatan lanjut.
- Berikan perhatian ketika isteri sedang bercakap. Pandang muka isteri anda ketika bercakap. Mungkin ada masalah yang ingin dikongsikan bersama anda
- Jangan anda membandingkan isteri anda dengan orang lain terutamanya ibu anda berkenaan dengan paras rupa dan masakan kerana mereka cukup sensitif.
- Ringankan beban kerja isteri dirumah. Jangan lepaskan semua kerja di rumah kepada isteri anda semata-mata kerana boleh mendatangkan stress kepadanya.
- Sekiranya anda keluar melepak dengan kawan-kawan, jangan lupa isteri di rumah. Jangan pulang terlalu lewat keran mungkin merisaukan si isteri.
- Jagalah aib si isteri. Sekurang-kurang isteri anda dia lah peneman hidup anda. Jangan ceritakan aid isteri di khalayak ramai. Begitu juga isteri.
- Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain dan anak-anak anda.
- Suami jangan kedekut. Belilah keperluan yang diperlukan oleh si isteri untuk memasak dan kelengkapannya.
- Jangan suka menyepahkan rumah. Sekiranya anda seorang perokok, dinasihatkan supaya tidak merokok di depan anak-anak terutamanya.
- Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincang dengan si isteri. Mungkin pandangan si isteri lebih baik dari fikiran anda.
Sekiranya anda mempunyai suami seperti di atas, bersyukurlah kepada Allah kerana diberikan suami yang baik dan bertanggungjawab. Tetapi sekiranya tidak, berdoalahn kepada Allah supaya suami anda tergolong di dalam golongan di atas. AMIN
keluarga tercinta |
No comments:
Post a Comment