Sunday, 20 January 2013

Sedapnya Megi

Assalamualaikum,
Hari ini Cikin nak share sikit pasal megi. Semua mesti suka kan dengan makanan segera ini. Cikin akui yang Cikin memang minat juga sebab rasanya yang agak sedap dan mudah untuk disediakan. Tetapi, tahukah anda semua kandungan yang berada di dalam sebungkus MEGI? sini Cikin nk share dekat anda semua.
Maklumat pemakanan untuk saiz hidangan : 100 g (3.5 oz)
  1. Tenaga 1,895 kJ (453 kcal)
  2. karbohidrat 65 g
  3. Serat 2.4 g
  4. lemak 17 g saturated 7.6 g monounsaturated 6.5 g
  5. Protein 9 g
  6. Thiamine (Vit. B1) 0.7 mg (54%)
  7. Riboflavin (Vit. B2) 0.4 mg (27%)
  8. Niacin (Vit. B3) 5.4 mg (36%)
  9. Folate (Vit. B9) 147 μg (37%)
  10. Iron 4.3 mg (34%)
  11. Potassium 120 mg (3%)
  12. Sodium 1160 mg (50%)
*Saiz hidangan:80 g

Kenali asap kereta anda


Assalamualaikum,



Hari ini Cikin nak kongsi benda yang memang Cikin sendiri tak tahu. Yela bab-bab kereta semua Cikin serahkan kepada suami. Tetapi suami Cikin cakap dengan tengok asap kereta saja kita dapat tahu kereta kita ni dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. Kalau setakat asap dapur Cikin tahu lah ini pula asap kereta kan. Jadi Cikin cari lah entry pasal asap kereta ini dan akhirnya jumpa juga.

Baiklah maklumat ini Cikin ambil dekat http://zaishamshah.blogspot.com sebagai rujukan. Yela kita tak expert so perlukan rujukan. Nanti kalau Cikin kata Cikin tahu pasal asap kereta ini mesti anda semua pelik. Harap dengan input yang Cikin cari ini dapatlah membantu anda mengenalpasti keadaan kenderaan anda.

INFO!! 
  1. Pengeluaran asap pada ekzos kereta BARU tidak perlu anda bimbangkan.
  2. Tetapi, jika kereta telah berusia beberapa tahun, sekali-sekala perhatikan WARNA ASAP kereta anda.

Tips menjaga cermin mata

Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak kongsikan tentang cara-cara untuk menjaga cermin mata anda supaya lebih tahan lama. Maklumlah cermin mata ini ibarat keperluan kepada Cikin yang agak rabun sikit ni. So, kepada pemakai cermin mata sekalian boleh lah membaca entry ini sebagai rujukan anda semua supaya menghargai speak mata anda. HAHA

Pertama sekali:

Lawak Part II

Assalamualaikum,

Macamana story sebelum ini? Hari ini Cikin nak bagi lagi cerita yang bagi Cikin lawak lah juga kan. Boleh lah buat Cikin tergelak dan tergelak. Baca lah dulu entry ini komfom anda semua tak menyesal.


Cerita 1:

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Saturday, 19 January 2013

Cara mudah menguruskan wang


Assalamualaikum....

              Oh duit. Itulah masalah yang dilalui oleh kebanyakan manusia sekarang ini. Cikin pun pening kepala fikir pasal menguruskan wang ni sebenarnya. Dengan keluarga, belajar lagi kan bukannya free sekarang ni. Nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen kan sekarang. Tapi suami Cikin yang banyak membantu untuk merancang pembelanjaan keluarga Cikin dan anak-anak.
So Cikin nak story sikit lah cara mudah untuk menguruskan wang keluarga: 

Suara mahasiswa n mahasiswi??

Assalamualaikum,

Tengah bosan-bosan ini Cikin nak kongi sikit tentang HOT STORY. Listen listen listen. Apakah? Benda ini sekarang tengah hangat dibualkan dan menjadi fenomena tapi Cikin tak ambil port sangat. Yela politik kan tetapi Cikin tertarik dengan video yang di post di Youtube baru-baru ini. Yela Cikin sekarang ini boleh dilabelkan sebagai mahasiswi kan jadi tak salah nak tahu kan. 

Susah nak terangkan jadi anda tengoklah sendiri. Klik je video di bawah dan tengok lah. Memang kelakar dan bijak betul mahasiswa sekarang ini. Cikin hanya suka-suka saja layan video ini. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah pergi. Cewah sekiranya anda mahu tahu apakah listen listen ini sebenarnya, search dekat youtube memang ada punyalah.



Yang penting kita enjoy. . .SEKIAN..=)

Jom Belajar Kecek Terengganu

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang ingin mempelajari bahasa terengganu, di sini lah tempatnya. Cewah hari ini Cikin nak ajar sikit bahasa ibunda Cikin. Yela Cikin kan orang terengganu mestilah bangga dengan loghat ganu ini. Dari kecil sampai sekarang Cikin masih gunakan walaupun sekarang menetap di Kajang. Tidak hilang GANU di dunia.




  • dok-bukan
  • se - satu
  • duwe - dua
  • tige... - tiga
  • pak - empat
  • lime - lima
  • nang - enam
  • tujoh - tujuh
  • lapang - lapan
  • smilang - sembilang
  • spuloh - sepuluh
  • pisa - pisau
  • kukorang - alat kukur kelapa
  • sik minyok-nasi minyak

Potong Kuku + Pahala

Assalamualaikum,

Entry kali ini Cikin nak kongsi sikit pasal cara potong kuku. Mesti pelik bukan? Yela potong kuku pun nak kena ada cara. Dengan memotong kuku sahaja kita boleh dapat pahala. Macam mana? Ha tu Cikin nak kongsi dengan anda semua tentang cara-cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.. 

Memandangkan Maulidur Rasul semakin hampir jadi terdetik di hati Cikin untuk post entry ini. Punya lah cari akhirnya Cikin jumpa juga cara memotong kuku yang mengikut sunnah Nabi. Marilah kita tengok gambar di bawah....=)

Tutorial memakai Jilbab Pashmina

Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak share satu tutorial tentang cara memakai tudung ala pashmina. Cikin tengok ramai remaja sekarang pakai tudung macam ini. Tapi memang agak rumit juga bila tengok cara pakai jilbab ini tapi menarik lah bagi Cikin. Cikin bila nak cuba? Nanti-natilah. .hehehe

Anda hanya perlu klik video di bawah dan tengok lah cara adik ni pakai. Tak salah nak cuba benda baru yang penting tak melanggar syarat menutup aurat. Cikin tengok okeh je adik ni pakai. Nampak sweet!!





Macam mana? Ala kepada anda yang baru hendak mula berjinak-jinak dengan style tudung ini memang agak kekok sikit nanti lama-lama biasa lah. Selamat mencuba !!! SEKIAN

Friday, 18 January 2013

Bahana Stress!!!


Assalamualaikum,

     Stress? semua orang pernah menyalami penyakit mental ni kan. Cikin pun pernah mengalami stress yang agak keterlaluan. Sebenarnya maksud tersirat perkataan stress ini ialah:
  • tidak terbalas oleh minda dan fizikal terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling.
  • satu keadaan dimana gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang menganggu keyakinan dan potensi diri seseorang.
Stress ini kita boleh bahagikan kepada dua kelompok iaitu stress positif dan negatif. Stress positif sebenarnya baik sebagai motivasi diri untuk berjaya tetapi tak boleh berlebihan. Sekiranya berlaku, anda akan jatuh ke kelompok stress yang kedua iaitu stress yang negatif.

Wah bahaya juga stress ni sebenarnya, sekiranya kita terlihat orang yang tengah stress ini, jauh-jauhkan lah diri okeh. Antara tanda-tanda seseorang itu dalam kelompok stress ialah:

Khasiat buah rambutan


Assalamualaikum,

       Hari ini Cikin nak kongsi pasal buah rambutan. Kenapa buah rambutan? Sebab ayah mertua Cikin selalu bawa buah rambutan dari kebunnya. So, Cikin rasa nak tahu juga apa kebaikan buah tropika ni. Selain sedap dimakan, rambutan juga memiliki khasiat yang banyak bagi kesihatan. Kandungan kimia yang terdapat dalam buah rambutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit ringan.



buah rambutan


FAKTA!!

Ohh Puding Jagung


Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak kongsi sikit pasal pembuatan puding jagung. Sebenarnya bukan jagung sahaja kita boleh gunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan puding ni, malah bahan lain juga boleh digunakan. Ikut selera dan kekreatifan anda semua. Sebenarnya Cikin banyak ambil bahan-bahan dari internet tentang cara pembuatan puding ni. Alhamdulillah menjadi juga buat puding jagung ni. Cikin tak sempat nak ambil gambar nak di postkan ke FB dah habis dah dimakan oleh anak-anak dan suami tercinta. Alhamdulillah suami dan anak-anak bagi reaksi positif pasal puding yang Cikin buat.

Baiklah inilah bahan-bahan yang di syorkan oleh Cikin kepada anda semua:




  • 1 tin Jagung Manis.
  • 1 tin susu sejat isian (susu cair)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan agar-agar
  • 3 cawan air


Selepas dah sediakan bahan-bahan, anda bolehlah start buat. Cara-cara untuk buat puding jagung ni mudah sahaja. Hanya ikut sahaja cara-cara di bawah:

HP: AP n ORI??

Assalamualaikum,,

        Hari itu Cikin pernah terasa untuk angkat henset baru tapi ramai orang kata jangan beli AP henfon. AP? Apakah itu? Cikin tak tanyalah apa itu AP so dengan menggunakan jari sahaja, Cikin dapat lah tahu apa beza AP dengan ORIGINAL. Diharap selepas anda membaca artikel ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihan telefon bimbit. Jika ada kesilapan info / maklumat Cikin minta maaf dan diharap dapat memberi teguran sebab maklumat ni pun Cikin ambil di internet.





MAKSUD:

AP set (Authorized Product) 

Cara untuk menghilangkan jerawat



Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak story sikit pasal jerawat. Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa seperti Cikin. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri seseorang.

Disini Cikin listkan punca-punca yang menyebabkan jerawat ni. 

Pantai di Malaysia




Assalamualaikum,





Hari ni Cikin nak cerita sikit pasal pantai yang berada di Malaysia yang pernah Cikin lawati masa dulu. Boleh dikatakan banyak juga pantai yang dah Cikin terokai dan Cikin nak kongsi pengalaman pahit dan manis kepada pembaca sekalian. Mana lah tahu dapat idea untuk pergi melancong bila baca entry ni kan. .Cewaaahh

Ok mula-mula Cikin nak cerita pasal pantai dekat cherating dulu.Orang kata Cherating tu best. Pantai bersih....kalau nak bercerita tentang pantai, perkara pertama yang terlintas dalam kepala Cikin, pantai mestilah bersih, selamat untuk duduk dan bermain di persisiran pantai, selamat bermain air tepian pantai....tapi apalah yang membezakan keseronokan tu??? ntah lah bagi Cikin sama jer rasanyalah, sebab dari kecik arwah abah dan mami akan bawa kami main di pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu. Rumah Cikin memang dekat sangat dengan pantai tu. Tempat tu memang best tapi yang tak bestnya kadang-kadang ada jerangkap samar pada busut-busut di pantai. Kalau tersalah pijak dan sepak, sure tak akan lupa sampai bila-bila. Kenangan seumur hidup lah katakan.huhu

Tapi itu pada tahun 1980-an, Cikin pernah pergi ke pantai Port Dickson, Negeri Sembilan keadaan pantai ni agak landai, boleh berendam dan berenang, berbeza dengan pantai Teluk Lipat dan Pantai Batu Buruk. Pantai di sana agak bahaya unutk orang macam Cikin ni. Tapi pantai-pantai di Terengganu memanglah bersih tetapi sayang memang tak boleh berendam. Bukan sebab Cikin orang terengganu tapi realiti memang pantai di sana agakbersih dan teratur.

Tapi, kalau pantai di pantai barat memang menyedihkan. Pantai Port Dickson dulu kadang-kadang kotor sebab tak dijaga dengan rapi oleh pihak bertanggungjawab. Dengan sampah-sampah bertaburan di sana-sini. Agak menyedihkan sebenarnya kalau nak diimbaukan kembali keadaan pantai tersebut tapi itu pada tahun 1980-an lah. Sekarang? entah lah Cikin pun dah lama tak menjejakkan kaki kat situ.

Dalam tahun 1990-an, Cikin pernah pergi ke Pantai yang terletak di Banting, Selangor tetapi memang menghayat hati betul kalau kita tengok keadaan pantai di sana pada masa itu, kotor, air tak bersih dan tak seronoklah nak mandi tau pun ber "kampung" di sana

Oleh sebab pantai dekat pantai barat ni tak best, so Cikin beralih angin pula ke Pantai Timur pula. Memang banyak beza betul dari pantai yang Cikin pernah pergi. Pernah sekali Cikin pergi ke pantai Mersing, Johor. Perrr memang seronok kat sana dan terbaik. Ckin ke sana sekali untuk aktiviti kelab agama yang berlangsung selama dua hari satu malam. Memang Cikin ber"qiyam" di tepi pantai sehingga subuh dan sehingga terbit matahari. Tapi masa itu tahun 1998 memang Cikin dah lupa apa nama pantai tu. Cikin panjat batu-batu di tepi pantai yg tinggi, main air memang seronok lah pantai kat Johor. Cikin ada pergi satu tempat juga tapi lupa juga namanya. Best, bersih, boleh berendam dan berenang. Aktiviti ni dibuat untuk aktiviti blok ketika di UTM 1997-1999.

Pada tahun 2000 ke atas, Cikin pernah melawat pantai Port Dickson sekali lagi bersama kawan-kawan Astro dan ahli keluarga dan antara pantai-pantai lain seperti Teluk Lipat dan Teluk Cempedak. Dan pada tahun 2011, Cikin ke Cherating semula. Memang menarik tertarik lah pantai di sini. Port Dickson? sama macam dulu, still tiada penambah baikan. Harap-harap anda semua pergi lah tempat yang boleh menyegarkan anda semula. Biarlah jauh pun yang penting anda puas dengan trip anda. Sekian

Thursday, 17 January 2013

Jeli Kelapa Nyum Nyum

Assalamualaikun,

Minggu ni rasa Cikin nak buat resepi benda baru lah. Tadi belek-belek internet so terjumpalah resepi "JELI KELAPA" ni. Memang sedap jeli ni sebab Cikin selalu je beli di pasar malam berdekatan dengan rumah Cikin. Bila baca resepi dia pun sebenarnya agak mudah jugalah penyediaan bahan dan cara pembuatannya. Resipi ni Cikin ambil dari http://www.kongsiresepi.com, so kalau rasa nak banyak lagi resipi yang anda mahu, klik je laman web di atas.




Tengok gambar pun dah sedap inikan bila ada dekat depan mata kan. Okeh lah tak mahu nak berceloteh banyak sangat. Kat bawah ni adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat JELI KELAPA:



  • 1 paket serbuk agar-agar (10gram)
  • 2.6 liter air kelapa.
  • Isi kelapa muda.
  • 11 sudu besar gula (mengikut citarasa masing-masing).
  • 3 helai daun pandan.
Okeh kalau bahan-bahan dah siap so bolehlah anda proceed buat jeli kelapa ni. Apa yang boleh Cikin cakap, SEMOGA BERJAYA..=)

Cara Membuat CupCake Nyum Nyum


Assalamualaikum para pembaca sekalian,

    Hari ini saya ingin berkongsi "Cara Buat Cupcake Coklat" yang mudah lagi sedap. Resepi ini saya jumpa di internet dan belum lagi mencubanya. InsyALLAH satu hari nanti saya akan cuba untuk membuatkan memandangkan suami dan anak-anak sukakan coklat. Terasa mengidam untuk membuatnya kerana selalu membeli di pasaraya saje. Apa salahnya kalau kita mencuba benda yang baru kan.

Bahan-bahan Cupcake Coklat (18 - 20 papercups saiz sederhana)
  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ senduk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter
  • 2 senduk esen vanilla
  • 1 ½ cawan susu segar
  • 2 biji telur



Sekiranya bahan-bahan diatas sudah ada, boleh lah start buat Cupcake Coklat ni. Disni saya sertakan dengan cara membuatnya. Harap-harap kepada wanita-wanita terutamanya yang bergelar isteri macam saya bolehlah mencubanya. Selamat mencuba okeh. Pertama sekali kita perlu:

Pemimpin idaman


Assalamualaikum....


      

        Hari ini Cikin nak kongsi sikit pasal ciri-ciri pemimpin yang baik dan berkesan. Yelah kebetulan pilihanraya pun nak dekat kan so tak salah untuk Cikin nak kongsi. Manalah tahu berguna untuk pergi mengundi nanti. Okeh marilah kita tengok ciri-ciri pemimpin idaman Malaya: 


  • Berilmu.

Wednesday, 16 January 2013

Ciri-ciri Suami Idaman Mengikut Cara Rasulullah SAW


Assalamualaikum,

Kali ini Cikin nak kongsikan tentang "Ciri suami soleh mengikut  cara Rasulullah SAW" semperna Maulidur Rasul yang jatuh pada 24 Januari 2013 minggu hadapan. Kepada suami-suami dan bakal suami eloklah baca entry ini sebagai rujukan untuk kebahagiaan rumah tangga anda.

Baiklah, Ciri-ciri suami idaman wanita ialah:
  • Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego kelakian anda dan meminta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra.  
  •  Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga pakai minum dan anak-anak anda dirumah.
  • Jika isteri anda melakukan kesalahan atau ada perangai yang anda tidak suka, tegur dengan baik dan bijaksana supaya tidak menyinggung perasaan isteri anda.
  • Mengambil berat kesihatan isteri anda. Sekiranya isteri sakit atau mengandung, anda perlulah menjaganya seperti dia menjaga pakai minum anda. Sekiranya melarat, hantarlah ke klinik untuk rawatan lanjut.
  • Berikan perhatian ketika isteri sedang bercakap. Pandang muka isteri anda ketika bercakap. Mungkin ada masalah yang ingin dikongsikan bersama anda
  • Jangan anda membandingkan isteri anda dengan orang lain terutamanya ibu anda berkenaan dengan paras rupa dan masakan kerana mereka cukup sensitif.
  • Ringankan beban kerja isteri dirumah. Jangan lepaskan semua kerja di rumah kepada isteri anda semata-mata kerana boleh mendatangkan stress kepadanya.
  • Sekiranya anda keluar melepak dengan kawan-kawan, jangan lupa isteri di rumah. Jangan pulang terlalu lewat keran mungkin merisaukan si isteri.
  • Jagalah aib si isteri. Sekurang-kurang isteri anda dia lah peneman hidup anda. Jangan ceritakan aid isteri di khalayak ramai. Begitu juga isteri.
  • Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain dan anak-anak anda.
  • Suami jangan kedekut. Belilah keperluan yang diperlukan oleh si isteri untuk memasak dan kelengkapannya. 
  • Jangan suka menyepahkan rumah. Sekiranya anda seorang perokok, dinasihatkan supaya tidak merokok di depan anak-anak terutamanya.
  • Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincang dengan si isteri. Mungkin pandangan si isteri lebih baik dari fikiran anda.

 Sekiranya anda mempunyai suami seperti di atas, bersyukurlah kepada Allah kerana diberikan suami yang baik dan bertanggungjawab. Tetapi sekiranya tidak, berdoalahn kepada Allah supaya suami anda tergolong di dalam golongan di atas. AMIN

keluarga tercinta

Menantu Ganu VS Mentua Kelate

Assalamualaikum,

Entry kali ini Cikin nak kongsi sedikit bila pasal kesan apabila menantu dari Terengganu cakap dengan mertua dari Kelantan. Nasib baiklah mentua Cikin duduk Selangor. Cerita ini Cikin jumpa masa bosan-bosan tak tahu nak buat apa tapi bila baca memang terbahak lah juga. Ceritanya macam ini,

Pada suatu hari, si menantu (Ganu) ingin memesan barang ke mak mertua (Kelate) kerana kebetulan mak mertua mahu pergi ke kedai:

Menantu: Mok, Kalu mok gi keda tolong belikan "KETANG" 4 kilo deh. Nanti kito bayor deh.
Mentua: Bereh bereh

Selepas beberapa minit, mertua pulang dari kedai,

Menantu: Looh, bak po mok beli "UBI KETANG" banyok-banyok ni, nak masok mende?
Mentua: Lah tadi mu kato beli "KETE", pah tu KETE mano pulakk?
Menantu: (sambil tersenyum) Mok, tadi kito suruh beli "KETANG" bukang ubi "KETANG". Yang hok ada sepit tuh
Mentua: @#$#$ (ketam ropenye)







Tuesday, 15 January 2013

Kek Coklat Nyum nyum


Assalamualaikum,
gambar hiasan


Hari ini Cikin nak share cara-cara nak buat kek coklat ni. Memang Cikin da cuba resepi ini memang menjadi. Ini pun dapat daripada sorang kawan. So boleh lah anda gunakan resepi ini untuk membuat kek birthday ke. Murah dan puas bila hasil penat kita sediakan kek ini dijamah oleh suami dan anak-anak.


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:

  1. 150g coklat.
  2.  50g mentega.
  3. 50cc susu segar.
  4. 3 biji telur.
  5. 50g tepung.
  6. 10g serbuk koko
  7. 1 sudu kecil baking powder
  8. 40g gula aising
  9. Garam (secukup rasa)

Dah sediakan semua bahan di atas so boleh lah mencubanya. Ingat jangan sampai hagus sudah. Harap-harap dapat membantu anda semua untuk menyediakan kek coklat ini.


  1. Mula-mula, ayak tepung, baking powder dan serbuk koko.
  2. Campurkan coklat, mentega dan susu segar. Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
  3. Panaskan oven ke 140 darjah celcius.
  4. Dalam masa yang sama, asingkan telur kuning dan putih.
  5. Selepas itu, masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur nampak gebu.
  6. Dalam mangkuk lain pula, pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
  8. Kemudian, masukkan pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
  11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising (recomended)
Macam mana? nampak susah kan tetapi bila anda ikut cara-cara di atas insyALLAH akan menjadi. Cikin pun mula-mula agak susah untuk mulakan buat kek ini. Banyak kena jaga, temperature lah macam-macam lagi. Selamat mencuba ya. SEKIAN




Oh tumit tinggi


Assalamualaikum,
           Pernahkah anda wahai wanita-wanita diluar sana memakai kasut high heel? Cikin rasa majoriti wanita di Malaysia ni pernah mencubanya dan ada juga yang mengunakan kasut jenis ni tiap-tiap hari. Agak menyeksakan juga sebenarnya memakai kasut jenis macam ini. Kadang-kadang manusia sanggup ambil risiko untuk tampak lebih menarik di mata orang ramai.
            Menurut BBC News, trend kasut tumit tinggi yang semakin popular bakal menjadi penyebab utama penyakit arthritis iaitu inflamasi di sendi di kalangan wanita UK selepas obesiti. Hasil survey yang dijalankan menunjukkan 1/4 wanita daripada keseluruhan 2000 responden mengenakan kasut tumit tinggi sebagai pakaian wajib yang dipakai hampir setiap hari.
            Pakaian wajib tiap-tiap hari? takutnya bila Cikin dengar pasal fakta yang Cikin ambil dari http://selangor2u.com. Di sini juga Cikin nak kongsi kepada anda semua tentang kesan jika kita kerap menggunakan kasut tumit tinggi ini. Antara kesannya ialah:
  • Pemakaian kasut tumit tinggi dengan kerap akan mendatangkan masalah bukan hanya kepada kaki, tetapi kesannya juga dapat dilihat pada bahagian tubuh badan yang lain.
  • Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50% lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan tekanan pada kaki.
  • Menurut S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP),

Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”
Tu baru sikit. Cikin nak bagi lagi ini apalah kesan buruk pemakaian kasut tumit tinggi ini kepada kita. Pertama sekali ialah:

  • Penyebab kepada kematu iaitu kulit yang bergesel antara kasut dengan kaki akan mengeras. Ia juga mengebakan pembentukan "hammertoe" jika terlalu kerap menggunakannya kerana bentuk kasut tumit tinggi yang kecil dan sangatlah sempit dibahagian hadapan kaki. Jadi ia memberi lebih tekanan kepada bahagian kaki di hadapan dan anatomi yang berada di hadapan kaki ialah jari kaki. Kesannya anda akan lihat kecacatan di jari anda dimana jari anda tidak dapat diluruskan seperti asal walaupun anda sudah menanggalkan kasut.

kalus Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?
  • Berisiko untuk memendekkan tendon achilles ( penhubung antara otot betis dengan tulang tumit). Fungsi tendon ini ialah untuk memastikan jari kaki fleksibel bila berjalan. Tetapi pemakaian kasut tersebut menyebabkan tendon tersebut tidak dapat "menegang" dengan sebaiknya. Kesannya, tendon tersebut akan menjadi pendek dan apabila anda memakai selipar Jepun (rata), memang akan rasa tak selesa.


achilles tendon tumit tinggi Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?
  • Kasut tumit tinggi menyebabkan pengagihan berat badan tidak normal seperti memakai kasut rata. Semakin tinggi kasut yang anda gunakan, semakin tinggilah daya yang di kenakan kepada jari kaki anda. Sepatutnya tekanan yang normal banyak diberikan kepada tumit kaki kita tetapi penggunaannya menyebabkan tekanan beralih ke jari kaki. Kesannya anda akan merasa tegang dan sakit pada bahagian jari kaki anda.



high heels Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?
  • Tulang belakang anda akan mendapat kesan sekiranya pengunaan kasut tumit tinggi dengan kerap. Ia menyebabkan badan anda lebih terkehadapan daripada posisi normal. Kesannya, anda akan mengalami sengal-sengal di tulang belakang anda. Jadi untuk mengimbanginya, anda perlu menggerakkan kepala dan leher ke hadapan. Kesannya, anda akan mengalami sakit leher yang berpanjangan.


incorrect posture tumit tinggi Wanita: Kasut Tumit Tinggi, Selamatkah?
Bahaya juga kasut tumit tinggi ni tetapi sesetengah wanita tidak mengambil pedulki pun kesannya. Apa yang penting mereka nampak bergaya dan lebih menawan. Lumrah wanita lah katakan. Bukan tidak boleh pakai langsung tetapi berpada-pada lah. Anda boleh untuk memakainya tetapi nasihat Cikin:
  • Pakailah kasut tumit yang tidak terlalu tinggi
  • Pilihlah kasut tumit tinggi yang hujungnya tidak meruncing,dan pastikan jari kaki anda selesa.
  • Pilihlah kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga membuatkan kaki melecet!
  • Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit. SEKIAN


Monday, 14 January 2013

Pemakaian tudung mengikut bentuk muka

Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak kongsi sikit pasal tudung. Sebenarnya Cikin sendiri pun tak pandai nak padankan tudung dengan bentuk muka kita. Tapi bila tengok panduan di bawah ni, alhamdulillah dapat juga panduan untuk cara-cara pakai tudung yang bersesuaian dengan muka Cikin. 


Bayi menangis + STress!!!!

Assalamualaikum,

Hari ini Cikin nak kongsi tentang apa yang perlu anda lakukan sekiranya bayi anda tidak berhenti menangis. Walaupun sudah diberi susu dan macam-macam lagi masih menangis. Bagi Cikin benda itu adalah lumrah sebagai ibubapa, anda akan lalui semua ini sebagai ujian paling mencabar dalam rumah tangga. Jangan panik sekiranya bayi anda tidak henti-henti menangis kerana ia tidak memudaratkan bayi anda.




http://www.babycenter.com.


Tetapi bagi Cikin, yang memudaratkan diri ialah ibu bapa sendiri. Kita sebagai ibu bapa perlulah sentiasa bersabar dan tenang sekiranya berada di situasi getir seperti ini. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira berada di sini dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan dia atau menenangkan dia, ini akan menyebabkan anda merasa tidak disayangi selain kecewa. Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang ketidakcekapan mereka sebagai ibibapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi ini bukan hakikatnya. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi, dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak terasa tertewas. Di sini  Cikin nak berikan beberapa cadangan kepada ibu bapa sekalian dan harap dapat membantu anda semua: 


  1. Tarik nafas panjang. 
  2. Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. 
  3. Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakslah diri anda sendiri untuk 10 minit. 
  4. Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap. 
  5. Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan kumpulan ibu dan bayi di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan berbincang dengan lain-lain ibu dan bapa cara menangani tangisan itu. 
  6. Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  7. Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu. 

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat sebab Cikin telah pun memalui fasa sukar ini. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Nasihat Cikin, dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk berkomunikasi keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti. InsyALLAH SEKIAN

Sunday, 13 January 2013

Isteri Solehah


Assalamualaikum....
Isteri solehah? Susah sebenarnya nak jadi wanita solehah inikan isteri solehah kan. Cikin pun masih dalam proses untuk belajar ciri-ciri isteri solehah ni untuk suami dan anak-anak. Di mana mereka sanggup berkorban apa saja dan menganggap suami mereka adalah segala-galanya. Berikut adalah ciri-ciri isteri yang solehah :-)
  • Taat kepada suami.
    • Ini adalah satu tuntutan mutlak berdasarkan hukum Allah dan ajaran Rasulullah s.a.w.
  • Jujur pada suami. 
    • Sifat ini dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Kita sebagai isteri perlulah bercerita segala-galanya supaya tidak berlaku salah faham antara kita.
  • Isteri yang mampu melahirkan anak. 
    • Rasulullah s.a.w. telah menyarankan agar sekelian umatnya berkahwin dengan wanita yang baik-baik, yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan yang masih dara supaya boleh melahirkan anak dan darinya pula akan beroleh bilangan anak yang banyak.
  • Sedia melayani kehendak zahiriah dan batiniah suami. 
    • Dengan menjaga makan minum, pakaian yang sentiasa bersih, persekitaran rumah yang sentiasa teratur dan tersusun dan seumpamanya.
  • Pemegang amanah 
    • harta benda suami, menjaga nama baik dan maruah suami, keselamatan diri dan akhlaknya serta anak-anak semasa ketiadaan suami.
  • Rela berkorban untuk suami 
    • Sanggup berkorban serta redha kepadanya berdasarkan keredhaan kepada Allah dan RasulNya.
  • Sentiasa mengembirakan hati suami 
    •  Cuba melenyapkan segala kesedihan dan kegelisahan hati suami ketika suami memerlukan.
  • Pengasih dan penyayang
    •  yang memiliki sifat pengasih dan penyayang serta mempunyai ciri-ciri keibuan yang sejati kepada suami dan anak-anak.






InsyALLAH harap-haraplah kita jadi seperti yang di atas. Cikin pun doakan semua yang membaca dapat menjaga hubungan anda dengan suami dan anak-anak. AMIN

Friday, 11 January 2013

Cerita pencuci minda


Assalamualaikum,



Anda bosan? haha Kalau Cikin tak tahu nak buat apa Cikin memang suka cari cerita lawak yang boleh buat Cikin tergelak. Yela kepala kekadang kena lah juga diservis kan. Setiap manusia ada masalah. Lembu pun ada masalah.OOPPPSSS no komen. Kat bawah ni Cikin share lah beberapa cerita yang boleh la tahan kelawakan cerita tu. huhu


  • Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


  • Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…

           Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
           Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

  • Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.


          Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung     kerana apabila         haiwan yang kita bela sudah mati.
         Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk
menggali kubur dan menanamnya.


Nak lagi kisah lawak?? cari lah kat internet sendiri.huhu Nanti ada cerita yang best-best share lah dengan Cikin ok. =)